Anak-anak Sarawak yang gagal untuk melepasi saringan Unit Pusat Universiti (UPU) masih mempunyai peluang cerah untuk melanjutkan pengajian.
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pengambilalihan beberapa universiti swasta oleh kerajaan negeri membuka kuota yang mencukupi untuk Sarawak melahirkan generasi berpendidikan dan berkemahiran dari negeri itu.